Sunday, August 29, 2010
Friday, August 27, 2010
KOREA
Bahasa
Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea. Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hengeul dicipta oleh Raja Sejong pada abad ke 15. Henguel terdiri daripada 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang dikombinasikan menjadi banyak huruf dalam bahasa Korea. Hengeul sangat mudah dibaca dan dipelajari.
Makanan
Kimchi adalah salah satu makanan popular di Korea. Makanan ini merupakan sayuran yang rendah kalori dengan kadar serat yang tinggi ( misalnya bawang, kacang panjang, selada dan lain-lain ) yang dimasak sedemikian rupa dengan bumbu dan rempah-rempah sehingga menghasilkan rasa unik dan biasanya pedas.
Pakaian
Pakaian tradisional Korea disebut Hanbok ( Korea Utara menyebut Choson-ot ). Hanbok pada umumnya memiliki warna yang cerah dengan garis yang sederhana serta tidak memiliki saku. Hanbok biasanya dipakai secara formal atau semi formal dalam perayaan atau festival tradisional, misalnya tahun baru Scollal ( Imlek ) atau perayaan Chuseok.
Thursday, August 26, 2010
JEPUN
Bahasa
Bahasa Jepun merupakan bahasa ibunda kebanyakan orang Jepun di dunia. Bahasa ini merupakan satu ahli famili bahasa Japonik yang sering dianggap sebagai bahasa terasing , meskipun juga berkaitan dengan bahasa Ryukyu di Okinawa.
Bahasa Jepun ditulis dengan sistem tulisan tiga komponen yang berpuncakan aksara Cina . Orang Jepun di tanah air mereka menggunakan bahasa Jepun dalam interaksi harian.
Makanan tradisi
Osechi
ataupun osechi. Sup ozoni kegemaran ramai terdiri daripada miso, rumpai laut rebus (昆布, konbu), kuih ikan (蒲鉾, kamaboko), ubi keledek lecek dengan buah berangan (栗きんとん, kurikinton), akar burdock reneh (金平牛蒡, kinpira gobo), dan kacang soya hitam manis (黒豆, kuromame). Kini, sashimi dan sushi turut dijamu selalu, di samping makanan bukan Jepun.
Mochi
Satu lagi adat tahun baru Jepun ialah membuat kuih pulut (餅, mochi). Pulut (餅米, mochigome) dikukus, lalu dimasukkan dalam bekas kayu berbentuk timba lalu ditepuk dengan air oleh seorang sementara seorang lagi memukulnya dengan tukul kayu. Pulut tersebut dilecek-lecek sampai menjadi ladu putih yang melekit.
Pakaian Jepun
Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode , yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.
Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi,
Tuesday, August 24, 2010
THAILAND
Bahasa
- Berasal dari kelompok bahasa Thai-kadai
- Juga berkaitan denagn bahasa Austroasiatik, Austronesia, atau Sino-Tibet
- Dikenali bahasa nada dan bahasa analitik
Makanan
TomYam |
- Masakan pedas, penuh dumbu, dan dipadu denagn manis, asin, masam dan pedas
- Kesemua bahgian Thailand (utara, tengah, timur laut,selatan) dipengaruhi masakan Cina
- Thailand Selatan juga dipengaruhi dengan masakan India
- Thailand Timur Laut juga dipengaruhi masakan Loas
Kuih Muih |
Pakaian
- Hanya dipakai semasa hari keramaian
- Festival, persandingan, pertunangan, hari keramaian
China
Bahasa
Bahasa-bahasa utama yang digunakan dalam negara China ialah Bahasa Mandarin, dan Kantonis.
Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan kebanyakan kawasan utara dan barat daya China menggunakan bahasa ini. Bahasa Kantonis pula dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah iaitu Guangxi, Hong Kong dan Macau.
Pakaian
Pakaian-pakaian yang dipakai oleh masyarakat negara China ialah Cheong Sam, Samfoo dan pakaian bangsa Han.
Makanan
Mi merupakan makanan penting dalam masyarakat Cina. Namun, di kebanyakan tempat di negara China, terutamanya bahagian utara,produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus lebih banyak berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Sup biasanya disajikan pada awal atau akhir waktu makan di China Selatan. Jiaozi pula merupakan sejenis makanan yang popular bagi orang Cina.
Belanda
BAHASA
Bahasa utama adalah Belanda.Frisia Barat juga diakui sebagai bahasa dan diakui oleh kerajaan di provinsi Friesland. Beberapa loghat Saxon rendah dituturkan dikebanyakan utara dan timur dan diakui oleh Belanda sebagai bahasa-bahasa serantau menurut carta Eropah untuk bahasa Serantau atau Minoriti. Satu lagi loghat Belanda diperolehi kedudukan bahasa serantau adalah Limburgish yang ditutur di provinsi tenggara Limburg.
PAKAIAN
Nama pakaian mereka adalah klederdracht. Pakaian ini dipakai oleh masyarakat Belanda yang berasal di Volendam. Mereka sekarang menetap di Staphorst. Pakaian ini merangkumi sepatu kayu, skirt, cawat, jaket, selendang, topi dengan perak dan cermin-cermin kecil.
MAKANAN
salah satu makanan yang terkenal adalah Stammpot. ianya dibuat daripada kentang yang direbus dan dihancurkan dan dicampurkan dengan beberapa sayuran seperti wortel atau sayur hijau yang lain. ianya dihidangkan panas-panas bersama dengan sosej besar yang dinamakan rookworst. makanan ini terdapat pada musim sejuk sahaja.
Budaya India
1. Masakan
Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).
Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.
DHOTI
Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.
SARI
Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai.
3. Bahasa
Bahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 36 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.
Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.
Bahasa Hindi (हिन्दी hindī) ialah bahasa kebangsaan India. Bahasa Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di India Utara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:
- Panjābī, Sindhī, Gujarātī di barat dan barat laut;
- Marāthī di selatan;
- Orīyā di tenggara;
- Bengālī di timur; dan
- Nepālī di utara.
4. Adat Kematian
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
Subscribe to:
Posts (Atom)