Friday, August 27, 2010

KOREA

Bahasa

Bahasa yang digunakan di Korea adalah bahasa Korea. Penulisan bahasa Korea dinamakan Hangeul. Hengeul dicipta oleh Raja Sejong pada abad ke 15. Henguel terdiri daripada 10 huruf vokal dan 14 konsonan yang dikombinasikan menjadi banyak huruf dalam bahasa Korea. Hengeul sangat mudah dibaca dan dipelajari.

Makanan

Kimchi adalah salah satu makanan popular di Korea. Makanan ini merupakan sayuran yang rendah kalori dengan kadar serat yang tinggi ( misalnya bawang, kacang panjang, selada dan lain-lain ) yang dimasak sedemikian rupa dengan bumbu dan rempah-rempah sehingga menghasilkan rasa unik dan biasanya pedas.
Pakaian

Pakaian tradisional Korea disebut Hanbok ( Korea Utara menyebut Choson-ot ). Hanbok pada umumnya memiliki warna yang cerah dengan garis yang sederhana serta tidak memiliki saku. Hanbok biasanya dipakai secara formal atau semi formal dalam perayaan atau festival tradisional, misalnya tahun baru Scollal ( Imlek ) atau perayaan Chuseok.

Thursday, August 26, 2010

JEPUN

Bahasa

 Bahasa Jepun merupakan bahasa ibunda kebanyakan orang Jepun di dunia. Bahasa ini merupakan satu ahli famili bahasa Japonik yang sering dianggap sebagai bahasa terasing , meskipun juga berkaitan dengan bahasa Ryukyu di Okinawa.
 Bahasa Jepun ditulis dengan sistem tulisan tiga komponen yang berpuncakan aksara Cina . Orang Jepun di tanah air mereka menggunakan bahasa Jepun dalam interaksi harian. 


Makanan tradisi
 Osechi
 Masyarakat Jepun menjamu hidangan khusus sempena Tahun Baru yang bergelar osechi-ryori ,
 ataupun osechi. Sup ozoni  kegemaran ramai terdiri daripada miso, rumpai laut rebus (昆布, konbu), kuih ikan (蒲鉾, kamaboko), ubi keledek lecek dengan buah berangan (栗きんとん, kurikinton), akar burdock reneh (金平牛蒡, kinpira gobo), dan kacang soya hitam manis (黒豆, kuromame). Kini, sashimi dan sushi turut dijamu selalu, di samping makanan bukan Jepun. 

Mochi
 Satu lagi adat tahun baru Jepun ialah membuat kuih pulut (餅, mochi). Pulut (餅米, mochigome) dikukus, lalu dimasukkan dalam bekas kayu berbentuk timba lalu ditepuk dengan air oleh seorang sementara seorang lagi memukulnya dengan tukul kayu. Pulut tersebut dilecek-lecek sampai menjadi ladu putih yang melekit.

Pakaian Jepun
Kimono merupakan sejenis pakaian yang juga merupakan pakaian rasmi negara Jepun. 
Kimono selalu berbentuk T, jubah bergaris lurus yang labuh ke paras pergelangan kaki, beserta kolar dan lengan baju panjang. Secara tradisionalnya, seorang wanita yang belum berkahwin memakai sejenis pakaian kimono yang digelar furisode , yang terdiri daripada lengan baju paras lantai, dalam majlis-majlis tertentu.
Kimono selalunya dibalutkan pada tubuh badan, bermula dengan sebelah kirinya di atas sebelah kanannya (kecuali jika disarungkan pada mayat untuk dikebumikan) dan diketatkan dengan sebuah tali pinggang lebar yang digelar obi, 
di mana ia disarungkan di bahagian belakang. Kimono secara umumnya dipakai bersama-sama kasut tradisional (terutamanya Geta); dan zori sejenis selipar kulit dan sarung kaki jenis belah-kaki (tabi). 

Tuesday, August 24, 2010

THAILAND

Bahasa
  • Berasal dari kelompok bahasa Thai-kadai
  • Juga berkaitan denagn bahasa Austroasiatik, Austronesia, atau Sino-Tibet
  • Dikenali bahasa nada dan bahasa analitik
Makanan
TomYam
  • Masakan pedas, penuh dumbu, dan dipadu denagn manis, asin, masam dan pedas
  • Kesemua bahgian Thailand (utara, tengah, timur laut,selatan) dipengaruhi masakan Cina
  • Thailand Selatan juga dipengaruhi dengan masakan India 
  • Thailand Timur Laut juga dipengaruhi masakan Loas


Kuih Muih



                                                                                                                                                           

Pakaian
  •  Hanya dipakai semasa hari keramaian 
  •  Festival, persandingan, pertunangan, hari keramaian 
                                                                     

    China

    Bahasa

    Bahasa-bahasa utama yang digunakan dalam negara China ialah  Bahasa Mandarin, dan Kantonis.
    Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan kebanyakan kawasan utara dan barat daya China menggunakan bahasa ini. Bahasa Kantonis pula dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah iaitu Guangxi, Hong Kong dan Macau.

    Pakaian

    Pakaian-pakaian yang dipakai oleh masyarakat negara China ialah Cheong Sam, Samfoo dan pakaian bangsa Han.


      
     Makanan   

    Mi merupakan makanan penting dalam masyarakat Cina. Namun, di kebanyakan tempat di negara China, terutamanya bahagian utara,produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus lebih banyak berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Sup biasanya disajikan pada awal atau akhir waktu makan di China Selatan. Jiaozi pula merupakan sejenis makanan yang popular bagi orang Cina.


    Belanda

    BAHASA






    Bahasa utama adalah Belanda.Frisia Barat juga diakui sebagai bahasa dan diakui oleh kerajaan di provinsi Friesland. Beberapa loghat Saxon rendah dituturkan dikebanyakan utara dan timur dan diakui oleh Belanda sebagai bahasa-bahasa serantau menurut carta Eropah untuk bahasa Serantau atau Minoriti. Satu lagi loghat Belanda diperolehi kedudukan bahasa serantau adalah Limburgish yang ditutur di provinsi tenggara Limburg.





    PAKAIAN
    Nama pakaian mereka adalah klederdracht. Pakaian ini dipakai oleh masyarakat Belanda yang berasal di Volendam.  Mereka  sekarang menetap di Staphorst. Pakaian ini merangkumi sepatu kayu, skirt, cawat, jaket, selendang, topi dengan perak dan cermin-cermin kecil.










     
    MAKANAN
    salah satu makanan yang terkenal adalah Stammpot. ianya dibuat daripada kentang yang direbus dan dihancurkan dan dicampurkan dengan beberapa sayuran seperti wortel atau sayur hijau yang lain. ianya dihidangkan panas-panas bersama dengan sosej besar yang dinamakan rookworst. makanan ini terdapat pada musim sejuk sahaja.


    Budaya India

    1. Masakan

    Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).
    2. Pakaian
    Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.


    DHOTI

    Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
    Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

    SARI

    Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
    Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai. 

    3. Bahasa

    Bahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 36 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.
    Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.

    Bahasa Hindi (हिन्दी hindī) ialah bahasa kebangsaan India. Bahasa Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di India Utara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:

    4. Adat Kematian
    Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
     

    Monday, August 23, 2010

    BALI INDONESIA

    Bahasa Bali 
    adalah sebuah bahasa Austronesia dari cabang Sundik dan lebih khusus dari anak cabang Bali-Sasak. Di Bali sendiri Bahasa Bali mempunyai tingkatan penggunaannya, misalnya ada yang disebut Bali Alus, Bali Madya, dan Bali Kasar. Yang halus dipergunakan untuk bertutur formal misalnya dalam pertemuan di tingkat desa adat, meminang wanita, atau antara orang berkasta rendah dengan berkasta lebih tinggi. Yang madya dipergunakan di tingkat masyarakat menengah misalnya pejabat dengan bawahannya, sedangkan yang kasar dipergunakan bertutur oleh orang kelas rendah misalnya kaum sudra atau antara bangsawan dengan abdi dalemnya

    Makanan khas bali  
      

    Lawar
      
    merupakan makanan yang sangat terkenal yang merupakan kuliner khas Bali. Untuk membuatnya kita boleh menggunakan daging atau ayam untuk membuat lawar kita juga boleh menggunakan betik yang masih muda



    Pakaian Adat Bali  
    Kemben merupakan jenis pakaian, berupa kain tuala badan, yang menjadi bentuk dan model asas busana tradisional Bali, baik untuk lelaki mahupun wanita, dari segala jenis usia, maupun dari kasta, Walaupun demikian pada situasi-situasi tertentu mereka acap menggunakan kancrik atau tengkulukKancrik adalah sehelai selendang yang berfungsi sebagai penutup tubuh atau saput, yang terkadang digunakan untuk menjunjung beban sekaligus melindungi wajah dari sinar matahari. Kancrik juga digunakan sebagai tengkuluk, iaitu penutup kepala wanita Bali yang juga berfungsi sebagai tapak Penjunjung beban - selain kegunaannya sebagai alat untuk menahan rambut agar tetap rapi. Sementara anteng adalah sehelai kain atau kancrik yang berfungsi sebagai penutup buah dada. Kemben, sabuk, saput dan anteng, serta tengkuluk untuk kepala merupakan pakaian wanita Bali dalam keseharian. Pakaian untuk lelaki secara lengkap adalah destar, saput dan kemben

    Upacara Kematian Bali
      
    Upacara Ngaben atau sering pula disebut upacara pelebon kepada orang yang meninggal dunia, dianggap sangat penting, ramai dan semarak, kerana dengan upacara ngabenan itu keluarga dapat membebaskan arwah orang yang meninggal dari ikatan-ikatan duniawinya menuju surga, atau menjelma kembali ke dunia melalui reinkarnasi bergantung dari karmaphala selama masih hidup .. Karena upacara ini memerlukan tenaga, kos dan masa yang panjang dan besar, hal ini sering dilakukan begitu lama selepas kematian. Untuk menanggung beban kos, tenaga dan lain-lain, kini masyarakat sering melakukan pengabenan secara massal / bersama. Jasad orang yang meninggal sering dikebumikan terlebih dahulu sebelum bayaran mencukupi, namun bagi beberapa keluarga yang mampu upacara Ngaben dapat dilakukan secepatnya dengan menyimpan jasad orang yang telah meninggal dunia di rumah, sambil menunggu waktu yang baik menurut kalendar Bali. Selama masa simpanan di rumah itu, roh orang yang meninggal menjadi tidak tenang dan selalu ingin kebebasan. Hari baik biasanya diberikan oleh para pendeta setelah melalui perundingan dan kalendar yang ada. Persiapan biasanya diambil jauh-jauh sebelum hari baik ditetapkan. Pada saat inilah keluarga mempersiapkan "bade dan lembu" terbuat dari buluh, kayu, kertas yang berlainan warna-warni sesuai dengan golongan atau kedudukan sosial ekonomi keluarga bersangkutan. Pagi hari sebelum upacara Ngaben bermula, segenap keluarga dan handai taulan datang untuk melakukan penghormatan terakhir dan biasanya dihidangkan sekadar makan dan minum. Pada tengah hari, jasad dibersihkan dan dibawa ke luar rumah diletakkan di Bade atau lembu yang disiapkan oleh para warga Banjar, lalu diusung beramai-ramai, semarak, disertai suara gaduh gambelan dan "kidung" menuju ke tempat upacara. Bade (tempat menaruh jasad) diarak dan berputar-putar dengan maksud agar roh orang yang meningal itu menjadi bingung dan tidak dapat kembali ke keluarga yang boleh menyebabkan gangguan, dll. Sesampainya di tempat upacara, jasad ditaruh di belakang lembu, paderi mengujar mantra - mantra secukupnya, kemudian menyalakan api perdana pada jasad. Setelah semuanya menjadi abu, upacara seterusnya dilakukan iaitu membuang abu tersebut ke sungai atau laut terdekat lalu dibuang, dikembalikan ke air dan angin. Ini merupakan rangkaian upacara akhir atas badan kasar orang yang meninggal, kemudian keluarga dapat dengan tenang hati menghormati arwah tersebut di pura keluarga, setelah sekian lama, arwah tersebut diyakini akan kembali lagi ke dunia. Status kelahiran kembali roh orang yang meninggal dunia berkaitan rapat dengan karma dan perbuatan serta tingkah laku selama hidup dahulu.

    Tuesday, August 3, 2010

    FILIPINA

    BAHASA

    Filipino meupakan bahasa kebangsaan orang Filipina.Manakala, Tagalog merupakan bahasa pengantar kepada masyarakat Filipina.

    MAKANAN

    Lanzons merupakan sejenis buah-buahan yang rupanya agak keil berwarna coklat dan dapat menghalau nyamuk di sekeliling kita.
    Halo halo merupakan salah satu pencuci mulut yang terkenal di Filipina terutamanya pada musim panas.





    PAKAIAN

    Setiap kali diadakan pesta keramaian, lelaki akan memakai pakaian yang dinamakan Barong Tagalog (Baju Tagalog).Manakala, kaum wanitanya pula memakai gaun yang dipanggil Maria Clara.

    Friday, July 30, 2010

    Vietnam

    Bahasa
    Bahasa Vietanm, sebuah bahasa berasaskan nada yang merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan negara Vietnam. Bahasa Vietnam merupakan bahasa ibunda kaum etnik Vietnam dan juga kebanyakkan mereka yang emigran ke Amerika Syarikat. Bahasa Vietnam kini menggunakan huruf rumi untuk penulisan.

    Pakaian
    "Ao Dai" merupakan salah satu pakaian tradisional Vietnam yang terlaris yang dipakai untuk pesta dan perkahwinan.


    Makanan
    Makanan Vietnam kurang berminyak dan banyak bersayur. Hidangan-hidangan utama biasanya berdasarkan nasi, kicap dan sos ikan.