Tuesday, August 24, 2010

China

Bahasa

Bahasa-bahasa utama yang digunakan dalam negara China ialah  Bahasa Mandarin, dan Kantonis.
Bahasa Mandarin merupakan bahasa rasmi Republik Rakyat China dan kebanyakan kawasan utara dan barat daya China menggunakan bahasa ini. Bahasa Kantonis pula dipertuturkan secara meluas di tenggara tanah besar China iaitu wilayah Guangdong serta bahagian timur wilayah iaitu Guangxi, Hong Kong dan Macau.

Pakaian

Pakaian-pakaian yang dipakai oleh masyarakat negara China ialah Cheong Sam, Samfoo dan pakaian bangsa Han.


  
 Makanan   

Mi merupakan makanan penting dalam masyarakat Cina. Namun, di kebanyakan tempat di negara China, terutamanya bahagian utara,produk berasaskan gandum termasuk mi dan pau kukus lebih banyak berbanding bahagian selatan yang dikuasai nasi. Sup biasanya disajikan pada awal atau akhir waktu makan di China Selatan. Jiaozi pula merupakan sejenis makanan yang popular bagi orang Cina.


No comments:

Post a Comment