Sunday, August 29, 2010

ARGENTINA



Bahasa

Bahasa rasmi negara Argentina ialah bahasa Sepanyol. Masyarakat Argentina mengutamakan pangkat seseorang dalam proses komunikasi. Contohnya:

• guru biasanya dipanggil seorang profesor

• jurutera diberi gelaran Ingeniero

• ahli seni bina dipanggil Arquitecto

• peguam dipanggil Abogado

mereka yang tidak mempunyai pangkat akan dipanggil Encik(senor), Puan(senora) dan Cik (senorita).

Pakaian

Di negara Argentina penampilan seseorang adalah amat penting. Di negara ini, pakaian etnik dilarang sama sekali. Amalan pakaian biasa negara Argentina ialah pakaian formal. Contohnya, pakaian bagi seorang pegawai atau ahli perniagaan ialah konservatif iaitu:

- sut gelap dan tali leher bagi golongan lelaki .

-blaus putih dan sut atau skirt gelap bagi golongan wanita.

Makanan

Makanan di Argentina mempunyai pengaruh Eropah yang kuat terutamanya di Itali dan Sepanyol kerana mereka merupakan golongan majoriti di Argentina. Argentina terkenal dengan diet berprotein tinggi, dengan makanan paling utama ialah daging lambu. Makanan ruji masyarakat Argentina ialah parrillada (daging di gril) dari asado. Contoh-contoh makanan Argentina yang terkenal ialah Chorizo, Morcilla, Chinchulines, Mollejas dan Mondongo.

No comments:

Post a Comment