Tuesday, August 24, 2010

Budaya India

1. Masakan

Masakan India disifatkan dengan pelbagai gaya rantauan dan penggunaan herba dan rempah yang canggih. Makanan ruji di kawasan India ialah nasi (khususnya di selatan dan timur) dan gandum (terutamanya di utara).
2. Pakaian
Pakaian India tradisional menampakkan perbezaan ketara dari rantau ke serantau dari segi warna dan gaya dan bergantung kepada pelbagai faktor, termasuk iklim. Gaya-gaya pakaian yang popular termasuklah sari untuk wanita dan lungi atau dhoti untuk lelaki.


DHOTI

Dhoti merupakan pakaian untuk kamum lelaki. Pakaian ini diperbuat daripada kain yang bewarna putih. Kebanyakan dhoti hanya boleh dilihat di hari perkahwinan sahaja kerana generasi muda hari ini tidak berminat dengan pakaian tersebut.
Dhoti diperbuat daripada lembaran kain putih yang panjang. Kain tersebut dililit di bahagian pinggang dan diikat pada celah paha dan kemudian disangkukan pada bahu. Kemudian kain tersebut dihiasi dengan manik-manik kecil supaya kelihatan menarik. Ada juga dhoti yang bewarna kuning pudar atau kuning susu. Pakaian ini banyak dipakai oleh golongan ceti.

SARI

Sari merupakan pakaian untuk kaum perempuan dan ia adalah pakaian seharian dan turut dipakai pada musim perayaan. Sari terdiri daripada lembaran kain yang berukuran semeter hingga dua meter lebar dan panjangnya pula antara lima hingga lima belas meter mengikut saiz pemakai. Kebanyakan kain sati adalah jarang dan lembut. Sebelum memakai sari, Si pemakai perlu memakai anak baju yang ketat dan singkat. Kemudian sati dililit dari pinggan dan diselempang pada bahu kiri. Lilitan pinggang sebanyak tiga hingga lima kali untuk menguatkan lilitan supaya tidak terurai.
Dari segi pemilihan warna, kebanyakan sari yang dipakai berwarna gelap seperti merah, biru, hijau dan ungu. Warna-warna ini lebih menarik untuk sari yang dipakai pada musim perayaan. Pemilihan corak pula adalah mengikut si pemakai. Ada yang lebih suka bercorak tumbuha-tumbuhan dan ada juga yang lebih suka bercorak haiwan. Untuk menjadikan si pemakai kelihatan menarik, kebanyakan mereka memilih sari yang mempunyai pelbagai jenis manik yang berkilat. Ini akan menyerlahkan lagi kecantikan si pemakainnya. Wala apapun pemilihan warna biasanya dipadankan dengan corak yang menarik dan sesuai dengan si pemakai. 

3. Bahasa

Bahasa Malayalam adalah salah satu daripada 22 bahasa rasmi India yang dituturkan oleh sekitar 36 juta penduduk, dan merupakan bahasa utama di Kerala, sebuah negeri di India Selatan. Bahasa ini juga dituturkan di wilayah-wilayah Kesatuan Lakshadweep dan Pondicherry di Mahe/Mayyazhi.
Bahasa Malayam tergolong dalam keluarga bahasa Dravidia, dan mempunyai tulisan tersendiri. Kedua-dua bahasa serta sistem penulisannya amat berkait dengan bahasa Tamil.

Bahasa Hindi (हिन्दी hindī) ialah bahasa kebangsaan India. Bahasa Indo-Eropah ini merupakan sebahagian daripada kontinum dialek untuk famili bahasa Indo-Arya dan ditutur khususnya di India Utara, Tengah, dan Barat. Penggunaan bahasa Hindi tertumpu kepada kawasan-kawasan berikut:

4. Adat Kematian
Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula, iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh . Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.
 

No comments:

Post a Comment